Akaun lailayusof.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kelas Asas Simpan Kira

Anda dah lama berniaga online tapi tak tau untung atau tidak?

Anda baru nak berjinak-jinak berniaga online tapi takut nak teruskan sebab tak tau bagaimana nak rekod duit keluar masuk?

Anda rasa PENAT BERNIAGA tapi tak untung sebab tak tau untung ke mana?

Jangan risau. Saya, Lela Yusof, boleh tawarkan penyelesaian bagi masalah anda.

FB_IMG_1579745995864.jpg

Saya merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM pada tahun 2009. Memiliki Masters dalam Islamic Finance and Management dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang perakaunan.

 

Bukan setakat ada kemahiran atas kertas sahaja. Saya sendiri telah berniaga secara online sejak 2013 dengan menjual PELBAGAI PRODUK dengan pelbagai title - jual persendirian produk yang dibeli sendiri dari UK, jual produk buy-and-repack, sebagai dropshipper, sebagai ejen, sebagai stokis, sebagai founder. Apa yang anda lalui sekarang sebagai peniaga kecil-kecilan, saya juga dah laluinya juga sepanjang 7 tahun ini, jadi saya memang faham sangat selok belok bisnes peniaga kecil macam anda

 

Sepanjang menceburi bidang perniagaan online ini, dah ramai kawan-kawan bisnes yang saya jumpa. Rata-rata mereka ada masalah sama - TAK TAU BISNES UNTUNG KE TIDAK. NAMPAK MACAM UNTUNG TAPI KE MANA DUITNYA?

 

Entah ke mana stok barang nak jual ni. Rasa macam banyak beli tapi kenapa tak tau ke mana habisnya?

 

Yang paling teruk, tak sedar untung sebab asyik MEROMPAK BISNES SENDIRI! 

 

Anda pun ada masalah macam di atas ni?

 

Sekali lagi saya cakap, jangan risau. Mari sertai kelas ASAS SIMPAN KIRA yang saya akan buat ini. Nak tau anda sesuai atau tidak untuk kelas ini?

Jap jap, tengok review peserta kelas sesi yang lalu



 ok sambung..


SIAPA YANG PATUT SERTAI?

 

1. Anda dah lama berbisnes tapi duk rasa tak untung2 pun

2. Anda rasa macam untung tapi kenapa tak nampak?

3. Anda nak sangat belajar asas simpankira tapi bila dengar DEBIT KREDIT, anda jadi takut menggigil sebab tak faham. (JANGAN RISAU, SAYA GUNAKAN BAHASA YANG ANDA FAHAM SAHAJA, dan anda hanya akan belajar simple recording techniques for layman)

4. Anda dapat TOP REWARD TITLE bagai tapi kenapa rasa macam takde duit pun? Ke mana pergi?

5. Motivasi bisnes anda dah DOWN TERJUNAM sebab tak reti kira untung ke rugi, kira pun macam salah, sampai tahap nak berhenti bisnes dah! (Jangan!)

6. Anda dah cuba untuk uruskan inventori sebaiknya tapi masih ada lompong kerana tak tau nak asingkan inventori ikut kategori, dan kaitkan dengan jualan

7. Anda ada staf yang uruskan hal jual beli tapi staf tak faham hal-hal dokumen sebab tiada asas perakaunan - boleh daftarkan staf ini

 

SIAPA YANG TAK PERLU SERTAI

 

1. Anda ada diploma/ijazah dalam perakaunan

2. Anda ada syarikat Sdn Bhd/ lesen perniagaan enterprise yang melantik akauntan/kerani akaun sendiri atau mengambil servis perakaunan firma luar - Kalau macam ni, anda perlukan kelas ACCOUNTING FOR NON ACCOUNTING MANAGER. Bukan kelas basic bookkeeping saya ini

3. Anda dah taknak berbisnes lepas ni.

4. Anda nak tau cara buat untung - INI BUKAN KELAS BUAT UNTUNG. INI KELAS KIRA UNTUNG RUGI

5. Anda nak belajar gunakan software accounting atau double entry accounting - SAYA TIDAK AJAR, KERANA INI KELAS ASAS BAGI MEREKA YANG TIADA ASAS PERAKAUNAN/SIMPANKIRA

6. Anda nak motivasi bisnes dengan pengisian emosi dan semangat - MAAF  KELAS SAYA TEKNIKAL. DIRECT TO THE POINT. TIADA PENGISIAN2 EMOSI DAN KEKUATAN MENTAL

7. Anda MALAS nak buat rekod sendiri - Untuk ini saya tiada bantuan. Sila keluarkan beberapa ratus ringgit dan upah kerani akaun sendiri. Tapi WAJIB tahu, anda juga yang perlu bekalkan semua resit, dokumen dan maklumat jualan kepada kerani akaun, jadi bukan goyang kaki saja dah siap rekod anda ya

 

Untuk owner Sdn Bhd yang ada staf urus Bahagian Akaun tanpa asas perakaunan/simpan kira, boleh daftarkan staf ke kelas ini juga untuk fahamkan asas dan fundamental, supaya kenal dokumen-dokumen yang terlibat dalam setiap transaksi


OK, selit review lagi ;)





Dah rasa anda SESUAI untuk kelas ini? Tempat TERHAD sebab saya nak perhatikan pemahaman peserta nanti walaupun secara online


Kelas ini akan dijalankan secara online melalui Zoom

 

BUTIRAN KELAS ONLINE



Aplikasi : Zoom

Tarikh : 18 - 20 Ogos 2020 (Selasa - Khamis)

Masa : 9 pagi - 12 tengahari (boleh mula join meeting bermula jam 8.45am setiap pagi)

Yuran : RM120 - tiket seorang / RM200 - tiket 2 orang daftar serentak

Nota dan fail disediakan, akan diposkan kepada mereka yang mendaftar awal


Apa yang akan diajarkan di dalam kelas ini ( 3 bahagian - simpankira, teknik & tips) :

Asas Simpan Kira

  • Jenis-jenis Pensyarikatan
  • Apa itu Simpan Kira & Perakaunan
  • Fungsi-fungsi 'Bahagian Akaun' dalam organisasi/perniagaan tanpa mengira saiz perniagaan
  • Jenis-jenis dokumen dalam transaksi jual-beli
  • Terma Asas Simpankira 
  • Jenis-jenis kos 
  • Contoh2 akaun 
  • Kaedah Merekod Jualan
  • Cara Mengira Untung
  • Kaedah Menguruskan Inventori
  • Break Even Point

 

Teknik

  • Excel dan formula asas Simpankira
  • Google Sheet untuk Simpankira
  • Simpankira secara Manual (guna buku dan kertas)
  • Hands On Latihan Simpan Kira

 

Tips

  • Tips : Pengurusan Aliran Tunai Bagi Peniaga Kecil2an
  • Tips : Mengeluarkan Sebutharga, Invois, Delivery Order
  • Tips : Automasi bisnes bagi peniaga kecil-kecilan

 

BONUS!

  • Budgeting (Untuk bisnes anda dan kewangan peribadi anda)
  • Pengiraan Zakat (mengikut tetapan Lembaga Zakat Selangor)

 

SEMUA INI ADALAH ILMU BISNES DAN PERSONAL YANG ANDA WAJIB APPLY! TAK APPLY, MEMANG RUGI!


DISCLAIMER : KELAS INI HANYA FOKUS PADA ILMU BASIC SEPERTI DINYATAKAN DI ATAS. KELAS INI TIDAK MENGAJAR CARA MENYEDIAKAN FINANCIAL REPORTS UNTUK TUJUAN AUDIT SYARIKAT (ini perlukan masa dan tempoh kelas yang lebih lama kerana ilmunya lebih banyak untuk dipelajari)


Apa yang akan anda dapat dalam kelas ini?

1. Sijil

2. Kelas selama 9 jam

3. Nota slaid dalam kelas beserta pen dan file, supaya anda tak perlu buang masa salin semula nota powerpoint yang ditunjukkan, hanya fokus mendengar dan hanya salin sebarang perbincangan yang muncul dalam kelas sahaja untuk bantu pemahaman anda

4. Lokasi di rumah / pejabat anda sahaja, tanpa perlu meninggalkan anak / kerja

5. Menggunakan aplikasi Zoom yang mudah digunakan

6. ILMU DAN PERKONGSIAN DARI SAYA yang saya dapat selama 4 tahun buat Degree Accounting dan 7 tahun berbisnes online dalam pelbagai skala - ILMU DAN PENGALAMAN BERJUMLAH 11 TAHUN, saya nak CURAHKAN pada anda sepanjang hari - saya akan SHARE dengan anda rekod-rekod saya sendiri bagi PELBAGAI jenis bisnes dan produk saya selama bertahun- tahun ini (SAYA TAK PERNAH TUNJUK PADA ORANG LAIN)

 

 

Apa HASIL selepas kelas?

1. Anda tahu apa maksud terma asas dan fungsi perakaunan supaya anda nampak dan faham kepentingan merekod segala jenis duit keluar masuk

2. Anda tau nak kira untung rugi supaya mudah anda nak merancang kewangan anda selepas ini. TIADA LAGI EPISOD PENING KEPALA SUSAH HATI NAK MUNTAH bila fikir pasal kira-kira bisnes

3. Anda lebih yakin dengan keputusan anda nak sambung berbisnes

4. Anda tahu nak buat kira-kira sebelum membuat keputusan nak memulakan cabang bisnes baru (SANGAT PENTING)

 

Apa yang perlu disediakan

1. Laptop, atau smartphone dengan aplikasi Zoom

2. Sediakan cara rekod anda selama ini, jika ada. Kalau takde, takpe. Inilah tujuan datang kelas pun

 

DAH BUAT KEPUTUSAN UNTUK IMPROVE CARA ANDA BERNIAGA DAN MENGURUSKAN KEWANGAN? 

DAFTAR SEKARANG!




Disebabkan ini antara kelas terawal, maka yurannya MAMPU MILIK sangat, terutama bagi anda yang memang BUAT DUIT dengan bisnes ni kan. InshaAllah jika ada lagi kelas2 selepas ni, bila saya sendiri dah jumpa macam2 masalah student, dah improve nota, maka yuran tentulah akan makin tinggi sebab input lebih banyak

Jadi untuk berjimat dan TAK LANGGAR DINDING LAGI LEPAS NI, JOIN KELAS INI SEKARANG! 


(Sila isi alamat dengan lengkap untuk pengeposan nota kelas) 


SESI SEDIA ADA TELAH HABIS KUOTA. SILA PILIH "ASAS SIMPAN KIRA - WAITING LIST" DAN ISIKAN DETAILS ANDA UNTUK KAMI HUBUNGI ANDA TERUS APABILA ADA TARIKH UNTUK KELAS SETERUSNYA




TERMA DAN SYARAT:

1. ORDER YANG TIDAK DIBAYAR DALAM TEMPOH ENAM (6) JAM AKAN DI DELETE BAGI MENJAGA KUANTITI SEAT. JIKA ORDER ANDA DAH DI DELETE, SILA BUAT ORDER BARU SELAGI SEAT MASIH ADA

2. SEMUA PESERTA YANG TELAH MEMBUAT BAYARAN AKAN DIMASUKKAN DALAM WHATSAPP & TELEGRAM CHANNEL BAGI MENYALURKAN MAKLUMAT. SILA SEMAK JUGA EMAIL ANDA UNTUK SEBARANG MAKLUMAT TERKINI

3. TIADA REFUND DIBENARKAN. HANYA BOLEH CARI PENGGANTI DAN TUKAR NAMA PADA KAMI. SILA CAJ PENGGANTI ANDA UNTUK MEMBAYAR HARGA YURAN KEPADA ANDA